Pada
zaman islam terdahulu, hanya sistem monarki dianggap
satu-satunya sistem kerajaan yang diketahui oleh manusia.
Pada masa itu, para ulama Islam seringkali memuji-muji
pemerintah dan pemerintahan dengan berkata: “ al-Sultan zill-ullah.”
Sultan merupakan bayangan Allah, seolah-olah Allah
mempunyai bayangan! Kini, di zaman moden,
demokrasi menjadi begitu terkenal dan ulama Sunni tidak kenal penat lelah
telah memuatkan dalam beratus-ratus bahkan beribu-ribu artikel,
kitab dan buku-buku kecil bahawa sistem kerajaan Islam adalah berdasarkan
demokrasi. Mereka pergi lebih jauh, malahan sampai ke tahap
mengakui demokrasi diasaskan oleh Islam, dengan melupakan negara kota Greece.
Dalam pertengahan abad ini, sosialisme dan komunisme menguasai
negara-negara maju dan sedang membangun; dan saya tidak
merasa hairan mendengar ramai tokoh ulama yang berwibawa berusaha
mengatakan bahawa Islam mengajar dan memulakan sosialisme. Sebahagian
penduduk di Pakistan
dan tempat-tempat lain telah memasukkan slogan sosialisme Islam.
Apakah yang dikehendaki dengan sosialisme Islam saya sendiri tidak
tahu, tetapi saya tidak terkejut andainya dalam 10
atau 20 tahun akan datang, orang-orang tersebut mula mendakwa
bahawa Islam mengajar komunisme.
Semua
aspek yang mengikut arus perubahan ini mendatangkan
penghinaan kepada sistem kepemimpinan Islam. Beberapa
ketika dahulu, dalam suatu perjumpaan umat Islam di sebuah negara Afrika,
ketika Presiden negara tersebut menjadi tetamu
kehormat, seorang pemimpin Islam berkata dalam syarahannya
bahawa Islam mengajar supaya taati Allah, taati Rasul dan uli-al-Amr
kamu.
Dalam
ucapannya, Presiden itu (yang merupakan
seorang penganut kristian katholik) mengatakan, dia
menghargai dengan sesungguhnya perintah supaya mentaati Allah dan
Rasul, tetapi dia tidak faham logik di sebalik perintah taat kepada
uli al-amr! Apa akan berlaku andainya pemerintah itu seorang yang
tidak adil dan kejam? Adakah Islam menggalakkan umatnya
supaya mentaati mereka secara membuta tuli tanpa sebarang penentangan?
Pertanyaan
yang bijak ini memerlukan jawapan yang bijak
juga. Ia tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Pada hakikatnya, ia
menunjukkan bahawa seorang yang mengundang
kritikan, melakukannya kerana salahtafsirnya terhadap ayat-ayat
Qur’an.
Marilah
kita lihat, apakah sistem kepemimpinan Islam. Adakah ia adalah demokrasi?
Pertama sekali, marilah kita lihat apa itu demokrasi. Pengertian
terbaik demokrasi telah dikemukakan oleh Abraham Lincoln, apabila
dia mengatakan: demokrasi ialah “ kerajaan
rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat.”
Walau
bagaimanapun, dalam Islam, ia bukanlah
kerajaan rakyat, tetapi ia adalah kerajaan Allah.
Bagaimana manusia (rakyat) memerintahkan diri mereka sendiri?
Mereka memerintah diri mereka dengan membuat undang-undang mereka
sendiri; dalam Islam undang-undang (hukum) dibuat bukan oleh
manusia (rakyat) tetapi oleh Allah. Undang-undang tersebut
diisytiharkan bukannya dengan persetujuan dan keputusan orang
ramai, tetapi oleh nabi, atas perintah Allah. Rakyat tidak berhak
bersuara dalam bidang perundangan; mereka hanya
diminta supaya mematuhi, bukannya mengemukakan sebarang buah
fikiran atau cadangan tentang undang-undang dan
hukum-hakam. Sampai kepada rangkaikata
“ oleh rakyat,” marilah kita lihat bagaimana rakyat
memerintah diri mereka. Mereka melakukan perkara itu dengan
memilih pemerintah-pemerintah mereka sendiri. Rasulullah (s.‘a.w) yang
merupakan pemerintah, hakim dan mempunyai kekuasaan yang tertinggi dan
menyeluruh dalam kerajaan Islam, bukanlah dipilih oleh
rakyat. Sebenarnya, seandainya penduduk-penduduk
Kota Makkah diberikan kebebasan memilih, tentulah
mereka akan memilih sama ada ‘Urwah bin Mas‘ud atau al-Walid bin Mughirah
sebagai Rasulullah! Oleh itu bukan sahaja pemerintah tertinggi Negara Islam dilantik bukan dengan
budi bicara rakyat, tetapi pada hakikatnya, ia bertentangan dengan
cita-cita mereka sendiri. Rasulullah merupakan Pemerintah dan
Penguasa paling berkuasa dalam Islam: baginda merangkumkan dalam dirinya
semua fungsi perundangan, pemerintahan dan kehakiman
kerajaan dan baginda tidak dipilih oleh rakyat.
Oleh
yang demikian, Islam bukanlah kerajaan rakyat atau oleh rakyat. Tidak
terdapat bidang perundangan dibuat oleh rakyat; manakala
pemerintahan dan kehakiman tidak dipertanggungjawabkan kepada rakyat.
Sehubungan
dengan itu juga, tidak ada apa yang dikatakan “
kerajaan untuk rakyat ” Sistem Islam wajib dari mula hinggalah ke
akhirnya “ untuk Allah.” Semua perkara mestilah
dilakukan “ kerana Allah.” Sekiranya ia dilakukan “ untuk
rakyat.” hal tersebut diistilahkan dalam Islam sebagai syirik. Apa
sahaja yang anda lakukan - sama ada ia merupakan
sembahyang, kebajikan, khidmat kemasyarakatan atau tugas-tugas keluarga,
ketaatan kepada ibu bapa atau kecintaan kepada jiran
tetangga, menjadi imam sembahyang atau memutuskan sesuatu
hukum, berjihad atau berdamai - wajiblah dengan niat Qurbatan
ila Allah - iaitu mendekatkan diri kepada Allah,
untuk mendapatkan rahmat Allah. Di dalam Islam, segala
sesuatu adalah untuk Allah.
Secara
ringkas, bentuk kerajaan Islam ialah kerajaan Allah, oleh perwakilan
Allah untuk memenuhi kehendak Allah.
“
wa ma khalaq-tu al-jinna wa al-insa illa li-ya‘budun.”
(Tidak
Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk
beribadat kepada-Ku).
Inilah
yang dikatakan Teokrasi, dan itulah ciri-ciri dan sifat semulajadi kepemimpinan
Islam, dan bagaimana ia memberi kesan kepada pengertian
mengenai ayat yang disebutkan di atas berhubung dengan “
ketaatan ”
No comments:
Post a Comment